Fitrah Media Enterprise

Gerbang Dunia Penyiaran Anda

Profile fitrah media

Fitrah Media Enterprise – ‘FMe’ merupakan syarikat yang mengendalikan kursus dan khidmat nasihat untuk program kokurikulum KELAB MEDIA dan RADIO SEKOLAH.  SK Taman Suria merupakan sekolah ke 5 yang menjalankan program kokurikulum Kelab Media dan Radio Sekolah di daerah Johor Bahru.

 APA ITU KELAB MEDIA DAN RADIO SEKOLAH ?

Program kokurikulum ini bertujuan menyahut seruan Kementerian Pelajaran beteraskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan –PIPP, yang bertujuan memperkasakan sekolah kebangsaan dan menengah kebangsan serta meningkatkan modal insan pelajar dalam semua bidang pendidikan.

Ianya merupakan satu wadah pendidikan dari gabungan pemikir syarikat swasta yang inovatif dan selaras dengan PELAN INDUK PENDIDIKAN KEBANGSAAN – PIPP.  Melalui program ini pelajar didedahkan kepada bidang penyiaran yang kini mula mendapat tempat di Negara kita.

Penyiaran tidak hanya tertumpu kepada penerbitan sahaja, kini penyiaran sudah memasuki era yang lebih luas dan terbuka radio, tv, interent dan apa jua maklumat kini hanya dihujung jari kita.

Sehinggakan kerajaan juga memberikan perhatian kepada sistem penyampaian kerajaan disemua jabatan dan kementerian diseluruh Negara.

Bedasarkan kenyataan itu Yb Adam memberi penekanan kepada kegiatan kokurikulum sekolah yang ada hubungkait dengan penyiaran kepada pelajar sekolah kebangsaan dan menegah kebangsaan khasnya di DUN Tg Puteri dan diseluruh negeri Johor amnya. 

Katanya ‘jika sistem penyampaian Negara beri penambahabaikan, maka kesempuraan sistem itu perlu bermula dari sekolah’  Para pelajar sekolah yang menyertai program kokurikulum ini diberi pendedahan mengenai penyiaran ‘ broadcasting’dari seawal peringkat asas sehingga mereka mampu‘ explore’ bidang berkenaan.

Pada peringakat awal pelajar sekolah menjadi ahli Kelab Media sekolah mereka dan diberikan Kursus Asas mengenai  penyiaran ‘’broadcasting’’ dan  segala yang berkaiatan dengan dunia penyiaran Negara, selepas itu satu prasarana lengakap diadakan di sekolah berkenaan dengan mengadakan sebuah mini studio yang akan membolehkan sekolah berkenaan mempunyai sebuah stesen Radio Sekolah yang bersiaran secara  SIARAN DALAMAN SEKOLAH  / IN HOUSE BROADCASTING.

Kursus yang diberikan bukan sahaja kepada pelajar sekolah berkenaan malah ianya diberikan juga kepada guru guru yang terlibat secara langsung dengan Kelab Media.  Kursus Asas Penyiaran yang diadakan adalah untuk membentuk pelajar menjadi seorang :-

 1.                 Juruhebah/Dj.

2.                 Pembaca Berita.

3.                 Penyunting Berita.

4.                 Penerbit Rancangan.

5.                 Pengulas.

6.                 Juruteknik dll.

 

Kesemua ini adalah ‘’peluang kerjaya’’ yang ditawarkan oleh bidang penyiaran dinegara kita dan diluar Negara. Akhrinya nanti pelajar mula mengintai peluang selepas tamat sekolah diperingkat menengah dan menjadikan bidang penyairan sebagai satu pilihan untuk melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi dalam dunia penyiaran Negara atau apa yang disebut nak jadi orang media.

  

KOODINATUR KURSUS

Team Koodinatur Fme ini adalah mereka yang berasal dari bidang penyairan/broadcasting dan dari kalangan Penyiar Negara yang telah mencipta nama didalam bidang penyiaran. Koodinatur utama team FMe adalah :-

 

 

 

 

 

Selamat Datang

Jam

 

FuhyooFM

Live FuhYooFM



ChatBox

Avd

Klik Sini Ke Laman Rasmi FuhyooFM


 

Gambar Terkini

 

Blog

by nash (admin) | 0 comments
Page_white_text
by nash (admin) | 0 comments
by hbo | 0 comments
by hbo | 0 comments

Video Terkini

Rakan Aktif

aezDJ JAWA 

Pelawat

   

Who Online